Ketika pertemuan Lisa bersama Neymar, kumpulan K-Pop tersohor itu berada di Paris untuk acara amal Le Gala des Piéces Jaunes yang dianjurkan oleh Wanita Pertama Perancis, Brigitte Macron, manakala Neymar pula bermain untuk kelab Perancis Paris Saint-Germain.
Bagaimanapun malang buat Neymar kerana skuad bola sepaknya mempunyai dua perlawanan pada hujung minggu yang sama dengan Coachella iaitu pada 15 April dan 22 April 2023.
Ini bermakna kemungkinan besar dia akan terlepas peluang menyaksikan persembahan epik Blackpink sebagai teraju utama di festival seni dan muzik terkenal itu.
Baca: Lisa BLACKPINK Pecah 3 Rekod Baharu Guinness World Records