Jika diamati, trend BBL mulai popular pada tahun 2013 kerana adik-beradik Kardashians, tetapi kini tidak lagi.
Setelah bertahun hidup dengan BBL, adik-beradik Kardashians mengemparkan peminat apabila kesemua mereka kini kelihatan lebih natural dan sihat berbanding suntik BBL di badan mereka. Pasti ada segelintir tidak tahu apa itu BBL (Brazilian Butt Lift). Ia adalah salah satu prosedur pembedahan plastik untuk kecantikan punggung, kebanyakan selebriti Hollywood gemar dengan alternatif ini berbanding miliki ia dengan senaman semula jadi. Beauty is pain, BBL memerlukan kuarantin yang lama dan penjagaan yang sensitif, kerana lemak disuntik di bahagian punggung, bermakna segala sesi duduk, berdiri, baring dan buang air boleh menjadi isu pembukaan atau koyak kulit.
Trend ini mulai popular dan diikuti peminat setelah adik beradik Kardashians mengaplikasi ia ke dalam badan mereka. Badan lentik dan punggung yang besar dikatakan antara trend kecantikan Hollywood ketika itu. Tetapi kini tidak lagi apabila Khloe dan Kim tampil natural dalam busana lengkuk badan. Tidak lama selepas itu, Kylie Jenner pula dilihat telah membuang BBL dari hidupnya dan kini mereka seperti membawa kembali trend badan model yang kurus.