3. Wonderful Wonderful
The Killers
Setelah mendiamkan diri selama lima tahun, kumpulan rock dari Las Vegas kini kembali dengan album mereka yang kelima yang quirky dan raw terutamanya pabila Brandon Flowers mengambil keputusan untuk menulis lirik yang lebih peribadi terutamanya perihal isterinya yang bergelut dengan masalah posttraumatic stress disorder. Antara karya mereka yang terbaik yang mereka lakukan, tidak hairanlah ia berada di nombor satu di carta muzik Billboard baru-baru ini.