5. Double Duchess
Fergie
Antara album yang telah lama dinantikan ramai, Fergie kembali sekali lagi dengan album solo selepas ‘melahirkan’ album pertamanya 11 tahun yang lepas. Album ini bermain dengan cinta dan kekecewaan seakan-akan memberi bayangan tentang hubungannya dengan bekas suami, Josh Duhamel. Fergie sama ada sebagai seorang penyanyi mahupun rapper berjaya menggabungkan elemen R&B, pop dan hip hop dalam album ini walaupun ada sesetengah trak kedengaran sedikit dated.