Kehadiran Angelina Jolie di Festival Filem Rom 2021 untuk tayangan filem Eternals mencuri tumpuan hadirin.
Angelina yang hadir bersama dua cahaya matanya, Zahara dan Shiloh kelihatan menawan dalam persalinan metal-mesh berkilauan daripada Atelier Versace.
Penampilannya malam itu mendapat pujian peminat, namun yang lebih menarik perhatian adalah dandanan rambutnya yang kelihatan serba tidak kena.