Sejak ditangkap hampir sebulan lalu, media tempatan mahupun antarabangsa tidak henti-henti melaporkan perkembangan terkini Aryan Khan.
Selepas berkali-kali rayuan ikat jamin ditolak, Aryan akhirnya dibebaskan dari Penjara Arthur Road, Mumbai setelah Mahkamah Tinggi Bombay meluluskan permohonannya semalam.
Kedua-dua rakannya, Arbaaz Merchant dan Munmun Dhamecha yang ditangkap pada masa sama juga akan dibebaskan dengan ikat jamin.
![Aryan Khan](https://static.toiimg.com/thumb/msid-86747442,width-1200,height-900,resizemode-4/.jpg)