EH! berpeluang menemu bual pelakon utama siri komedi, ‘Never Have I Ever’, Maitreyi Ramakrishnan bersempena debut musim kedua yang akan bermula pada 15 Julai 2021 secara eksklusif di Netflix.
Peminat ‘Never Have I Ever’ sudah pasti tidak sabar untuk menyaksikan kesinambungan kisah kehidupan Devi pada pada musim kedua. Dalam meraikan pelancaran musim baharu ini, EH! berpeluang menemu bual pelakon utama siri komedi ini, Maitreyi Ramakrishnan yang akan mula ditayangkan pada 15 Julai 2021 secara eksklusif di Netflix.
Antara Paxton atau Ben, siapakah yang akan menjadi pilihan hati Devi? Dalam musim baharu ini, Devi terus berdepan dengan tekanan persekolahan serta drama keluarga setiap hari, selain masalah perhubungan romantik. Walaupun dia kini berpeluang bergelar ‘teman wanita’ buat seseorang, dia menyedari ianya lebih rumit daripada yang disangka. Akhirnya, siapakah yang menjadi pilihannya?
Ikuti temu bual EH! bersama pelakon utama ‘Never Have I Ever’, Maitreyi Ramakrishnan:
Gambarkan musim kedua ‘Never Have I Ever’ dalam tiga perkataan?
Dalam tiga perkataan? Alamak, sukarnya. Saya boleh katakan ianya cool, kelakar dah padat.
Bagaimanakah sesi penggambaran kali ini yang dijalankan kala pandemik?
Setiap hari apabila tiba di set penggambaran, semua perlu melakukan ujian saringan untuk memastikan semua negatif. Barisan pelakon dan juga kru produksi. Kami perlu memakai pelitup muka setiap masa. Hanya dalam bilik solekan dan selepas perkatan ‘action, baharu anda boleh tanggalkan pelitup muka. Semua perlu menjaga jarak. Jumlah kru juga dikurangkan. Selalunya mungkin ada 100 orang, tetapi kini hanya 25 orang sahaja dibenarkan berada di set. Banyak aspek keselamatan yang perlu dilakukan, dan ia membenarkan kami untuk meneruskan penggambaran. Saya bersyukur dapat bekerja dalam pandemik ini.
Baca lebih lanjut: “Filem ini sangat relatable dengan situasi pandemik yang melanda dunia sekarang.” – Shaheizy Sam Mengenai Filem Terbaharunya, Zombitopia