Setelah lama menanti, Billboard mengesahkan Lisa akan tampil dengan muzik solo pertama tidak lama lagi.
Syarikat pengurusan Blackpink, YG Entertainment dilaporkan berkongsi berita mengenai buah tangan terbaharu daripada Lisa menerusi satu kenyataan rasmi.
“Lisa akan menjalani penggambaran video muzik minggu ini. Lagu terbaharunya akan menemui peminat pada musim panas ini.”
Penyanyi ini merupakan antara ahli Blackpink terakhir yang tampil dengan lagu solo. Pada 2018, Jennie melancarkan lagu pertama berjudul Solo, menjadikannya bintang K-Pop wanita kedua yang pernah mengungguli tangga teratas dalam carta World Digital Song Sales Billboard.