Bagaimana anda bersedia untuk musim kedua ini berbanding musim pertama dulu?
Ketika musim pertama, saya banyak belajar bagaimana untuk bekerja di set. Seperti sudut kamera dan terma-terma penggambaran. Musim ini pula, disebabkan Covid-19 kami terus melakukannya. Tetapi kami melakukan lebih perlahan. Kami akan berlatih sebelum penggambaran kerana protokol Covid-19 yang dijalankan. Pada musim pertama saya perlu banyak belajar, dan musim kedua pula semua perlu belajar kerana situasi yang berlainan di set penggambaran.
Sejak musim pertama ditayangkan, ramai yang berpendapat watak Devi ini tidak mewakili diri penonton dengan tepat. Apakah reaksi anda mengenai perkara itu?
Saya ada melihat komen seperti itu. Tetapi ada banyak komen-komen lain yang berasa dengan dengan watak Devi. Sama ada dalam satu aspek, atau secara keseluruhan. Ramai juga yang merasakan mereka diwakili oleh watak ini. Tetapi saya menyedari selepas menbaca komen-komen tersebut. Bagaimana seorang anak gadis berusia 15 tahun dapat mewakili semua orang? Ia tidak masuk akal, Devi tidak boleh menwakili pengalaman kehidupan setiap orang. Kita tidak mempunyai watak orang Asia Selatan yang banyak. Oleh itu, kita harus memperkenalkan lebih banyak karakter atau rancangan seperti Never Have I Ever.
Baca lebih lanjut: Dari ‘The World of the Married’ kepada ‘Nevertheless’: Evolusi Gaya Karakter Han So-Hee