Boleh ceritakan mengenai kemunculan bapa Devi dalam musim terbaharu ini?
Musim kedua ini banyak berkisah tentang bagaimana Devi berdepan dengan kematian bapanya. Hanya ada episod akhir pada musim pertama dia mula menerima dan menunjukkan rasa sedih. Devi menyedari dia sangat menrindui bapanya itu. Dan membesar sedikit, dia hanya berusia 15 tahun. Seperti semua karakter lain, mereka semua mula membesar dan mengenali diri mereka sendiri.
Dalam musim ini, hubungan anda Devi dan ibunya menjadi semakin renggang. Apakah pendapat anda mengenai hubungan anak remaja bersama ibu bapa dalam realiti sebenar?
Hubungan anak remaja bersama ibu bapa adalah rumit kerana terdapat banyak jenis pengalaman di luar sana. Saya ada ramai kawan yang sangat rapat dengan ibu bapa mereka, mereka berkongsi segalanya dengan ibu mereka. Saya juga ada kawan yang tidak langsung. Ada yang sangat kasual dan relaks. Sukar untuk saya beri pendapat mengenai dunia sebenar. Hubungan antara Nalini dan Devi memberikan sesuatu yang ramai boleh berasa dekat dengan pengalaman mereka.
Baca lebih lanjut: DJI Pocket 2 Kini Hadir Dalam Warna Sunset White