Penyanyi pop, Ariana Grande mendedahkan secebis kehidupan suami isterinya dengan Dalton Gomez di Instagram Ahad lalu.
Grande memuat naik beberapa foto bulan madunya di Amsterdam, Netherlands dan salah satunya menunjukkan pasangan itu sedang duduk dalam sepasang kasut kayu gergasi berwarna kuning.
Pelantun lagu Break Free itu bagaimanapun tidak berkongsi sebarang butiran lanjut mengenai bulan madu tersebut. Apa yang diletakkannya di ruangan kapsyen hanyalah emoji siput dan waffle.
