Selepas meraikan 1 Syawal dan raya sakan, ramai artis yang mengambil peluang sebelum mula dengan jadual padat kembali untuk pergi bercuti sama ada bersendirian, bersama teman ataupun bersama keluarga masing-masing.
EH! himpun posting melalui akaun selebriti popular yang sudah mula bercuti dan bersantai di destinasi mendamaikan pilihan mereka. Ada yang menceritakan di mana mereka bercuti dan ramai juga yang lebih senang untuk tidak mendedahkan lokasi mereka demi privasi.