Penyanyi popular tahun 2000-an, Avril Lavigne dilihat mengimbas nostalgia lama dalam hantaran TikTok pertamanya.
Semalam, Lavigne berkongsi video lagu klasiknya, Sk8er Boi dengan menggerakkan bibir mengikuti lirik sambil menyarung persalinan popular dalam klip video yang dilancarkan pada 2002 itu.
Dia menggayakan celana pendek hitam, kemeja-T tanpa lengan rona serupa dan tali leher berbelang, menghidupkan semula penampilan grunge seperti dalam video asal.