Justin Bieber dan isterinya berdepan kritikan kerana tidak berpenampilan seperti yang sepatutnya ketika bertemu Presiden Perancis baru-baru ini.
Justin dan Hailey terbang ke Paris awal minggu ini selepas dijemput ke Istana Élysée oleh Presiden Emmanuel Macron dan isterinya, Brigitte.
Power couple itu memilih persalinan stylish untuk menarik perhatian; Hailey menyarung baju cut-out bersama skirt pensel rona nude rekaan LaQuan Smith, manakala Justin pula tampil bersahaja dalam sut kelabu yang dipadankan bersama sneaker biru-putih jenama Nike.
Selepas pertemuan tersebut, pelantun lagu Peaches itu berkongsi momen bersejarahnya di Instagram dan ia mengundang reaksi berbeza daripada peminat.