Umum tahu yang mana sekumpulan pemain bola sepak yang digelar Wild Boars bersama jurulatihnya telah terperangkap di dalam sebuah gua di Pattaya, Thailand selama 9 hari tanpa makan dan minum dan akhirnya telah diselamatkan selepas dua minggu. Baru dua hari mereka bebas namun sudah ada dua buah filem dari Hollywood dalam perancangan.
Bertarikh 11 Julai, ia merupakan tarikh di mana kesemua ahli kumpulan pemain bola sepak remaja Thailand yang bergelar Wild Boars (berumur lingkungan 11 ke 16 tahun) bersama jurulatihnya yang berusia 25 tahun selamat dikeluarkan dari gua Tham Luang Nang Non, Pattaya setelah dua minggu terperangkap akibat hujan lebat. Proses penyelamatan mengambil masa beberapa hari selepas mereka ditemui tersangkut di dalam gua itu selama sembilan hari.
Hari pertama seramai empat orang remaja berjaya dikeluarkan dari gua tersebut pada hari Ahad lalu, empat orang lagi pada hari Isnin dan lima orang lagi termasuk jurulatihnya pada hari Selasa.
Namun, dua hari selepas tarikh kesemua mereka diselamatkan, sudah ada dua buah filem dari pengarah Hollywood dalam perancangan demi untuk menceritakan tentang tragedi itu.
Pengarah, Jon Chu atau lebih dikenali dengan filem Step Up, Now You See Me 2 dan komedi akan datang Crazy Rich Asians telah menulis Tweet yang mana dia akan menghasilkan projeknya sendiri dalam memfokuskan penceritaan kisah proses penyelamatan remaja-remaja tersebut.
Pengumuman yang dibuatnya turut itu diikuti dengan cadangan sebuah filem oleh Pure Flix, kumpulan produksi faith-based yang disebalik God’s Not Dad yang mana mendedahkan mereka bakal mengeluarkan sebuah filem inspirasi menurut The Guardian.
I refuse to let Hollywood #whitewashout the Thai Cave rescue story! No way. Not on our watch. That won’t happen or we’ll give them hell. There’s a beautiful story abt human beings saving other human beings. So anyone thinking abt the story better approach it right & respectfully.
— Jon M. Chu (@jonmchu) July 11, 2018
“I refuse to let Hollywood #whitewashout the Thai Cave rescue story! No way. Not on our watch. That won’t happen or we’ll give them hell. There’s a beautiful story abt human beings saving other human beings. So anyone thinking abt the story better approach it right & respectfully,” tulis Chu di Twitternya.
.@CrazyRichMovie Director @jonmchu Developing Second Thai Cave Rescue Film https://t.co/LnAuZj7f1F pic.twitter.com/SLCTXEgapy
— TheWrap (@TheWrap) July 12, 2018
Chu merancang untuk menghasilkan sebuah filem berunsur heroic sebagai tanda ‘doesn’t get it wrong‘.
We have the power to not only MAKE history but be the historians that RECORD it too. So that it’s told correctly and respectfully. Couldn’t just sit here watching how others would “interpret” this important story. https://t.co/kRv5k9plDU
— Jon M. Chu (@jonmchu) July 12, 2018
“We have the power to not only MAKE history but be the historians that RECORD it too. So that it’s told correctly and respectfully. Couldn’t just sit here watching how others would ‘interpret’ this important story. This one is too important 2 let others dictate who the real heroes are,” the director added in subsequent tweets.