“Saya telah berjanji untuk mengahwini teman wanita saya, Lee Da Hae yang sentiasa melimpahi diri saya dengan penuh kasih sayang, serta berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama sejak lapan tahun lalu.”
Mengikrar komitmennya kepada bakal isteri, Se7en atau nama sebenarnya Choi Dong Wook menambah: “Mulai sekarang, saya akan menjalankan lebih tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan suami.”
Pengumuman Lee Da Ha di Instagram pula disertakan dengan beberapa keping foto pra perkahwinan mereka. Di Korea Selatan, bakal pengantin kebiasaannya akan merakam gambar perkahwinan sebelum majlis berlangsung. Imej itu akan digunakan dalam kad jemputan digital dan perkongsian di media sosial.