Salah satu gambar yang dimuat naik memaparkan dirinya dari jarak dekat manakala satu lagi adalah foto romantis pasangan itu yang dirakam di tepi laut saat matahari terbenam.
Bintang My Girl itu menulis buat tatapan 207,000 pengikutnya: “Pengumuman ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan kerana kami telah bercinta selama lapan tahun, bagaimanapun saya tetapi berasa segan dan tidak tahu bagaimana untuk berkongsi berita ini.
“Kami telah berikrar untuk menukar status perhubungan ini daripada pasangan kekasih menjadi suami isteri pada bulan Mei. Walaupun akan terus memanggilnya ‘teman lelaki’, saya akan lebih mengambil berat dan menjadi penyokong terbesar buat lelaki yang memberi saya kebahagiaan dengan sentiasa berada di sisi saya dan kini akan menjadi teman hidup saya buat selamanya. Kami pasti akan lebih bahagia jika mendapat restu dan kasih sayang daripada anda semua.”
Baca: Tarikh Dan Lokasi Perkahwinan Hyun Bin & Son Ye Jin Akhirnya Didedahkan