Tanggal 7 Julai 2022 memahat memori bahagia buat Vanidah Imran apabila disunting menjadi isteri sekali lagi.
Dengan sekali lafaz, Vanidah selamat disatukan dengan suami, Arifabillah Idris dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh 50 tetamu dari kalangan ahli keluarga dan teman rapat.
Majlis akad nikah dikendalikan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi berwalikan adik Vanidah, Johan di sebuah premis acara di Titiwangsa, Kuala Lumpur sekitar jam 12.12 tengah hari.