Pasangan merpati dua sejoli itu mengenakan persalinan pereka tersohor, Rizman Ruzaini dan ditata rias oleh jurusolek terkenal, Syed Faizal. Dekorasi pelamin pula mendapat sentuhan Ezsconcept.
Selain berbalas dua dulang hantaran, pengantin lelaki turut menyerahkan seutas rantai emas sebagai mas kahwin.
Bagaimanapun pasangan mempelai sepakat untuk tidak mendedahkah jumlah wang hantaran kepada umum atas permintaan keluarga.