Akui pelakon berusia 49 tahun itu yang kini bergelar pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), membuat keputusan untuk berkahwin sekali lagi bukanlah sesuatu yang mudah.
“Sejujurnya, mereka yang rapat sahaja tahu mengenai hubungan saya dan suami. Ini termasuklah keluarga dan dua anak, Mikail Aimran dan Maryam Rashika. Teman rapat pun hanya dimaklumkan beberapa hari sebelum majlis pernikahan.
“Ada ketika timbul rasa tidak yakin dengan keputusan mahu membina hidup baharu. Malah ketika menyuarakan hasrat ini kepada abah, dia agak keberatan. Namun selepas diyakinkan ramai pihak termasuk dua anak, abah mula menurut. Pada akhirnya abah percaya anaknya berhak menikmati kebahagiaan,” tambahnya.
Vanidah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pemuzik, Rashidi Ishak pada Oktober 2000 sebelum membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada Ogos 2018.
Baca: Sah Bergelar Isteri, Jang Nara Berkongsi Foto Hari Bahagia