Membuat kemunculan pertama dengan lima anggota pada 2006, kumpulan ini menerajui industri muzik K-Pop dengan lagu hit seperti Lies, Last Farewell, Fantastic Baby dan Bang Bang Bang.
Namun mereka terpaksa berehat selama empat tahun setelah empat ahli, T.O.P, G-Dragon, Taeyang dan Daesung tersenarai sebagai peserta khidmat ketenteraan wajib selama dua tahun.
Seungri yang masih belum tamat khidmat ketenteraan telah digugurkan daripada kumpulan setelah terlibat dengan kes pelacuran dan perjudian antarabangsa dalam kes berprofil tinggi yang dikenali sebagai skandal Burning Sun.
Dia kini dalam proses menamatkan latihan ketenteraan di penjara tentera selepas disabit atas sembilan jenayah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun pada Oktober 2021, sebelum hukumannya diringankan kepada setahun enam bulan pada hujung Januari lalu.
T.O.P pula mengumumkan pengundurannya dari YG Entertainment bulan lalu selepas 16 tahun. Kontrak eksklusifnya bersama agensi itu telah tamat namun dia akan terus bergerak aktif secara solo selain menyertai aktiviti promosi BigBang jika berkelapangan.
Foto: Channel-korea
Baca: Min Hyo Rin & Taeyang BigBang Dikurnia Cahaya Mata Lelaki