Brad Pitt dan Emily Ratajkowski kini digelar ‘golden couple’ terbaharu Hollywood, mengetepikan pasangan pengantin baharu – Ben Affleck dan Jennifer Lopez.
Menurut laporan, Brad dan Emily sedang menjalin cinta secara rahsia selepas bertemu buat kali pertama di parti Vanity Fair Oscar dua tahun lalu.
“Brad jatuh cinta pandang pertama pada Emily di parti Vanity Fair Oscar 2020. Namun mereka tidak berbual secara peribadi ketika itu, sebaliknya dikelilingi rakan-rakan selebriti lain,” jelas satu sumber.