Mengangkat tema Over The Top, Anugerah Stail EH! Tahun ini sememangnya antara yang paling menangkap perhatian sepanjang dianjurkan sejak tahun 2008.
Bermula dari persembahan medley De Fam hinggalah persembahan penutup Hael Husaini, Anugerah Stail EH! Tahun ini diraikan dengan cukup meriah. Tidak terasa satu jam setengah berlalu, tiap detik di Hall 1, Dadi Cinema, Pavilion KL malam itu penuh dengan sorak, tepukan dan gelak tawa. Acara #STAILEH2022 dikuasakan oleh Samsung, diserikan oleh jenama kecantikan Korea, Laniege dan jenama ubat gigi tersohor, Colgate. Dan seperti biasa EH! Sering sahaja bekerjasama dengan Astro Gempak sebagai rakan media.
Dihoskan oleh dua pengacara yang sedang meningkat naik, Daniel dan Isha (yang juga hos Gempak TV), acara berlangsung lancar. Kredit seharusnya diberikan kepada kedua-duanya kerana berjaya mengemudi acara penuh relaks dan santai. Bukan sahaja dua pengacara ini, malah penyampai anugerah yang dipilih juga berjaya membuat malam Isnin lalu cukup menarik. Antara personaliti dan selebriti yang naik ke pentas menyampaikan anuegrah ialah pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dan Nurita Harith, penata gaya selebriti Tym Fatimah yang bergandingan bersama Indah Ruhaila, pendandan rambut selebriti Miedy Daniel dan Ain Edruce, barisan model dari The Models Lab KL, makeup maestro Khir Khalid, Syazwan Zakariah dari Astro Gempak dan ketua EH! Style Council 2022, power couple Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
Di sebalik gelak tawa, para tetamu juga ditebak rasa hiba dengan persembahan istimewa Kaka Azraff yang menyampaikan lagu terbarunya, ‘Hilang’ yang mana lagu ini khusus buat jurusolek kesayangan Kaka (juga favourite EH!), Allahyarham Emmy Agung. Lagu ini belum pernah dipersembahkan Kaka di mana-mana, jadi dia mengambil kesempatan untuk menjadikan nyanyiannya malam itu satu tribute buat Emmy Agung dan Allahyarham Fendi Sani.
PEMENANG ANUGERAH STAIL EH! 2022
Influencer Fesyen Pilihan
SHALMA AINAA
Influencer Kecantikan Pilihan
SOFEA SHRA
Jurusolek Selebriti Pilihan
SYED FAIZAL
Selebriti Lelaki Paling Bergaya
HAEL HUSAINI
Selebriti Lelaki Paling Seksi
AEDY ASHRAF
Model Pilihan
NATALIE PRABHA
Penata Gaya Selebriti Pilihan
ABU SHAEF HAMZA
Pendandan Rambut Selebriti Pilihan
CKAY LIOW
Penghias Muka Depan Pilihan
DOLLA
Pereka Fesyen Selebriti Pilihan
WAN & MARY
Video Muzik Paling Stylish
GATAL- JANNA NICK
Selebriti Wanita Paling Bergaya
DAIYAN TRISHA
Selebriti Wanita Paling Seksi
ANNA JOBLING
Selebriti Harapan Pilihan
SHARIFAH ROSE
Anugerah Stail EH! 2022
DAIYAN TRISHA
MOMEN MENARIK MALAM #STAILEH2022