Julai lalu Emily menfailkan perceraian terhadap suaminya, Sebastian Bear-McCard selepas penerbit filem itu didakwa berlaku curang. Mereka berkahwin pada 2018 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki, Sylvester Apollo Bear.
Patah hati dengan apa yang berlaku, model dan pelakon itu dikatakan mengambil peluang untuk menjalin hubungan cinta baharu dengan Brad, yang juga berstatus solo.
Menurut portal gosip popular Deuxmoi, Emily menerima pelawaan Brad untuk keluar bersama baru-baru ini kerana turut mengagumi paras rupa dan penampilan bapa kepada enam cahaya mata itu.
Mereka menghabiskan masa berjam-berjam menikmati makan malam dalam bilik peribadi di sebuah restoran Paris mewah sebelum dirakam bersama di Pearl Oyster Bar, New York City.