Satu sumber terdekat mendedahkan, kedua-duanya telah lama berpisah dengan pasangan masing-masing dan mereka kini kerap meluangkan masa berdua berbanding sebelumnya.
“Irina teruja dapat meluangkan masa dengan Bradley. Dia sangat mencintainya,” kata sumber tersebut.
Pasangan itu mula menjalin hubungan cinta pada musim bunga 2015 dan menimang cahaya mata perempuan, Lea De Seine pada Mac 2017. Mereka berpisah dua tahun kemudian.