“Selepas membawa haluan masing-masing, Irina mula merindui Bradley. Dia sangat berbangga kerana mereka mampu menjalin hubungan baik dan menjaga anak bersama walaupun telah berpisah.
“Irina juga suka melihat Bradley meluangkan masa dengan anak mereka. Dia seorang ayah yang hebat. Itu antara sebab mengapa Irina mahu mereka kembali bersama,” tambah sumber.
Bagaimanapun ini bukanlah kali pertama pasangan itu beraksi mesra di tempat awam. Selepas berpisah, mereka kerapa dirakam meluangkan berdua di beberapa acara termasuk di afterparty Anugerah BAFTA 2020.