Bradley dan Irina dikhabarkan kembali menjalin hubungan pada November 2021 apabila dirakam berjalan seiringan di kawasan kejiranan West Village di New York City sambil berpimpin tangan dan bergurau senda.
Lebih menguatkan spekulasi tersebut apabila supermodel itu berkongsi foto percutiannya di Bahamas termasuk sekeping gambar mesra di mana dia melentokkan kepalanya di atas bahu Bradley pada bulan Ogos.
Seminggu lalu, mereka turut menghadiri parti jenama fesyen Self-Potrait bersama dan bergambar dengan beberapa tokoh penting dalam industri fesyen termasuk Stella Maxwell dan Ketua Pengarang Britih Vogue, Edward Enninful.
Baca: Bradley Cooper Tinggalkan Dianna Agron Demi Wanita Muslim