Anak lelaki Britney Spears, Jayden Federline telah membuat satu Instagram Live di mana dia berkongsi tentang kerjaya seni ibunya.
Berdasarkan laporan Us Weekly, Jayden memfilemkan video tersebut di rumah ayahnya, Kevin Ferderline di California dan berkata dia akan memberitahu semua cerita tentang ibunya jika dia mendapat lebih banyak followers di Instagram. Dia berkata, “Apa yang terjadi kepada ibu saya? Saya akan beritahu apabila saya mendapat 5,000 followers di Instagram. That stuff will come out way in the future [when] I get really popular.” Dan apabila ditanya jika dia merasakan ibunya “being controlled,” dia berkata, “Saya tak tahu.”
Dan seorang peminat bertanya jika Britney akan mengeluarkan muzik terbaru selepas dia menamatkan Las Vegas residency. Dia menjawab, “Sebenarnya, saya tak pernah melihat dia membuat muzik. I don’t think that… Saya tak tahu.” Jayen juga ingat bagaimana dia menyokong ibunya membuat hits untuk mendapatkan duit. Dia berkongsi:
“Saya masih ingat saya pernah tanya ibu saya, ‘Ibu, apa yang terjadi kepada muzik ibu?’ Dia menjawab, “Saya tak tahu, sayang. Ibu rasa mungkin akan berhenti saja.'”
Di dalam video ini juga, dia berkata dia suka dengan teman lelaki ibunya, Sam Asghari dan menyatakan kebenciannya terhadap datuknya, Jamie Spears. Awkward…
Tonton video penuh Jayden disini: