Kemenangan ini diumumkan sebelum majlis anugerah yang diacarakan oleh pelantun lagu This Is Heaven, Nick Jonas itu bermula.
Kumpulan itu juga merakamkan ucapan terima kasih buat peminat yang di seluruh dunia yang tidak henti-henti memberi sokongan kepada mereka selama ini.
“Terima kasih di atas anugerah yang sangat luar biasa dan bermakna. Ini satu penghormatan terbesar buat kami yang mahu berkongsi tenaga positif dengan semua orang menerusi Dynamite. Dengan kemenangan ini, bermakna matlamat kami telah tercapai. Terima kasih buat anda semua,” kata kumpulan itu yang membuat kemunculan dari Seoul, Korea Selatan.