Dynamite menjuarai Billboard Hot 100 buat kali pertama pada 4 September 2020 dan kekal berada dalam carta selama 32 minggu. Ini menjadikan BTS sebagai kumpulan Korea Selatan pertama yang berjaya mencapai kejayaan sedemikian.
BTS turut memeriahkan malam anugerah dengan mempersembahkan lagu terbaharu mereka, Butter buat kali pertama.
Menerusi siaran media sebelum ini, mereka menggambarkan lagu bahasa Inggeris kedua mereka itu sebagai “lagu dance pop dengan daya tarikan BTS yang halus dan berkarisma.”