BTS mendedahkan butiran tentang album terbaru mereka yang sangat dinanti-nantikan peminat!
Kumpulan lelaki popular itu telah membuatkan peminat di seluruh dunia teruja sejak mereka mengumumkan kemunculan semula mereka pada 10 Jun 2022. Sebuah treler logo untuk album baharu mereka telah dikeluarkan pada 4 Mei di media Youtube.
Album baharu ‘Proof’, mengumpulkan gabungan lagu baharu dan lama untuk mengimbas kembali pencapaian mereka sepanjang terlibat dalam industri seni K-Pop.