BigHit dalam satu kenyataan berkata, “selepas berkerja tanpa henti sejak tahun 2013, Bangtan Boys akan meraikan ulang tahun ke sembilan mereka pada bulan Jun ini.” Mereka juga berterima kasih kepada ARMY yang telah memberi kasih sayang dan sokongan tanpa henti sejak debut pertama sehingga kini.
Album antologi BTS ini merangkumi zaman era mereka melalui teks animasi dan kompilasi album yang telah dikeluarkan sebelum ini, seperti O!RUL8,2?, Skool Luv Affair, Love Yourself: Tear, Map of the Soul: 7, Dynamite dan banyak lagi.