Minggu lalu, agensi pengurusan BTS, Big Hit melancarkan dua teaser buat tatapan peminat. Klip pertama menunjukkan Jungkook menyapu mentega pada sekeping roti, manakala yang kedua menampilkan kelibat RM berlagak cool di hadapan kamera sambil menggerakkan tubuh mengikut rentaz muzik. Dia menembak konfeti ke udara di penghujung klip.