Menerusi siaran media sebelum ini, mereka menggambarkan Butter sebagai “lagu dance pop dengan daya tarikan BTS yang halus dan berkarisma.”
Ini merupakan lagu bahasa Inggeris kedua kumpulan itu selepas Dynamite yang dilancarkan pada tahun lalu.
Masa depan BTS dilihat bertambah cerah tahun ini selepas dilantik menjadi duta jenama fesyen tersohor Louis Vuitton, tampil dalam komersil Samsung sempena Hari Ibu, dan menjalin kerjasama dengan McDonald’s.
Foto: Facebook/BTS
Baca: Busana Dengan Bau Tubuh Jimin BTS Dilelong Pada Harga Tinggi