Selain pengumuman kehamilan, Chansung turut mendedahkan dia bakal berundur dari JYP Entertainment, agensi pengurusan yang menaunginya sejak 15 tahun lalu.
Jelasnya, kontrak bersama agensi itu akan berakhir pada Januari tahun hadapan dan dia memilih untuk membawa haluan sendiri setelah berbincang secara mendalam dengan syarikat itu.
Jelas Chansung, fokusnya buat masa ini adalah untuk memberi tumpuan kepada keluarga yang bakal dibina sekali gus masa depannya.
“Keputusan saya diterima dengan baik oleh pihak agensi. Buat masa ini saya belum mempunyai perancangan yang pasti, namun saya akan berkongsi kepada peminat tidak lama lagi. Saya akan melakukan yang terbaik sebagai pelakon dan ahli kumpulan 2PM.”
Foto: Twitter
Baca: Min Hyo Rin & Taeyang BigBang Dikurnia Cahaya Mata Lelaki