Bagaimana situasi ketika penggambaran?
Diana: Pengarah GANJIL, Datuk Yusry Abdul Halim terkenal sebagai seorang yang sangat penyabar. Suami saya pernah bekerja dengan abang Yusry sebelum ini. Itu sebab saya mahu bekerja dengan dia kerana sebelum ini saya merasakan abang Yusry seorang yang sangat garang. Selepas beberapa bulan penggambaran, abang Yusry yang paling sabar. Tetapi pada satu hari ini sesuatu berlaku. Kami tidak percaya apa yang telah berlaku. Tapi kami faham kerana kami sudah merasakan lama sebelum itu lagi. Kami memerlukan antara satu sama lain untuk meneruskan dan menghabiskan projek ini.
Apakah persediaan anda untuk melakonkan watak Nabila dalam GANJIL?
Diana: Projek sebelum ini mempunyai sedikit persamaan kerana melibakan mimpi juga. Sama tapi tidak sama. Saya tidak menggunakan reference yang diberikan oleh abang Yusry, tetapi saya cuba memahami apa yang ada dalam watak tersebut. Dalam GANJIL, cerita yang disampaikan adalah cerita Nabila. Dan sangat menarik kini ramai penonton Malaysia yang menyukai cerita seperti ini. Cerita Korea dan platform penstriman seperti Viu telah membuka imaginasi penonton untuk menerima cerita-cerita seperti ini.
Siri ini berkisar seorang lelaki dan wanita muda yang mendapati diri mereka bertemu insan yang mereka impikan. Amry dilakonkan oleh Fattah Amin dan Nabila dibawa oleh Diana Danielle. Pasangan ini bertembung di dalam mimpi mereka, pada satu malam istimewa di mana mimpi mereka bercantum menjadi satu. Ketika mereka mendapati masing-masing mungkin hanya satu watak di dalam alam mimpi, tanpa mereka sedari, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama. Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik. GANJIL juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.
GANJIL boleh disaksikan melalui laman penstriman, Viu bermula 30 September 2021, dengan dua episod ditayangkan setiap Khamis sehingga 28 Oktober. Peminat juga boleh menyaksikan siri ini melalui Maxis TV yang akan ditayangkan lima hari lebih awal.
Foto: Viu Malaysia
Baca lebih lanjut: Kini Giliran Dolla Pula Hiasi Billboard Ikonik Di Times Square New York