EH! edisi Julai 2014 menampilkan wajah pelakon jelita Izara Aishah sebagai penghias muka depan. Selepas sekian lama ‘menghilang’ Izara kembali dengan deretan filem yang bakal menjengah pawagam tahun ini juga bersama beberapa produk yang menggunakan dirinya sebagai jurucakap.
Ikuti klip balik tabir sesi fotografi di Lensworks Studio bersama aktres manis ini yang tampil anggun dalam persalinan Rizalman Ibrahim dan juga dirias cantik oleh Khir Khalid serta dandanan oleh Shawn Cutler.
Dan jangan lupa dapatkan edisi Syawal Julai 2014 di pasaran sekarang dan ini sedikit petikan temubual EH! bersama Izara… baca lanjut di halaman 22, Julai 2014.
“Sebagai pelakon Zara mahu mencabar bakat yang ada pada Zara. Dan jika betul-betul peminat mahu menilai Zara, Zara harap mereka boleh berikan komen yang jujur pabila menonton Pilot Cafe yang bakal ditayangkan hujung tahun ini. Ini antara filem yang menonjolkan Zara sebagai teraju utama, jadi kebolehan Zara lebih teruji berbanding filem-filem lain.”
“Selepas beberapa tahun dalam dunia seni, Zara rasa Zara perlu berhati-hati setiap kali ditemu bual media. Zara tidak lagi sewenang-wenangnya memberi komen atau jawapan balas bagi sebarang isu.”
“Zara mahukan lelaki yang boleh buat Zara happy, my family happy. Dia mestilah setia dan bertanggungjawab. Zara suka lelaki yang observant, yang peka dengan keadaan sekeliling.”