Pelantun lagu Hanya Kau Yang Mampu itu berkata, hatinya terbuka untuk melamar teman wanitanya apabila melihatkan keserasian dan keyakinan Elyssa terhadap dirinya.
Dia turut terpikat dengan keperibadian bekas penyampai radio Rakita itu yang baginya berbeza dengan wanita lain yang pernah ditemuinya sebelum ini.
“Kami mempunyai sikap yang berbeza. Elyssa suka bercakap manakala saya pula pemalu. Dia ibarat kopi buat saya kerana banyak memberi tenaga dan semangat. Saya jenis yang tidak pandai mengeksresi diri, jadi saya banyak belajar daripadanya.
“Sebelum ini saya agak mementingkan diri dan suka melakukan semua perkara sendiri. Namun sejak mengenalinya, saya terbuka hati untuk belajar berkongsi termasuk mengenai hal peribadi,” tambahnya.
Kini sedang sibuk membuat persiapan, Aizat berkata dia bakal mendendangkan lagu baharu Hanya Kita Dua pada hari bahagianya nanti.
Baca: Kourtney Kardashian Beri Penghormatan Kepada Travis Barker Menerusi Vel Perkahwinan