Aniq Suhair namanya mula dikenali selepas menjadi finalis pencarian Hero Remaja di Astro. Dari situ satu demi satu tawaran berlakon datang singgah dan antara yang menjadi faktor popularitinya ialah siri ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’.
Bila dan di mana kamu paling gembira?
Apabila saya berada di rumah.
Apakah bakat lain yang ingin Aniq miliki?
Saya ingin mahir menyanyi dan menari.
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Bersyukur dengan apa yang ada. Semuanya adalah anugerah Tuhan, semua orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Move on, move forward and learn the lesson.
Bagaimana Aniq mengurus stres?
Saya akan membeli-belah dan pergi bercuti ke luar atau dalam negara.
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Keberkatan dari ibubapa.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling Aniq ingati?
Pernah mendapat gelaran “The Best Entrepreneur” di sekolah.
Apakah hal yang sering kamu ingatkan pada diri setiap hari?
Sentiasa percaya pada rezeki, jaga kesihatan dan saya handsome (kidding).
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Semestinya kepercayaan.
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Menjadi pendengar yang baik, memberi nasihat dan membantu apa yang mampu.
Apakah perbezaan ketara di kalangan orang muda hari ini?
Jika kita perhatikan dulu-dulu ramai remaja ingin menjadi ‘gamer’, tetapi hari ini sebaliknya lebih ramai mahu menjadi content creator.
Jika sudah tiada nanti, apa yang Aniq mahu orang ingat tentang Aniq?
Sejujurnya, tiada apa-apa yang saya inginkan (untuk diingati). Hanya inginkan doa dan keampunan dari orang yang Aniq pernah berbuat salah.