Nadeera Zaini sudah banyak menyertai (dan menang) pertandingan nyanyian di kaca televisyen, namun namanya kurang menyerlah. Namun sinarnya bagai ada apabila prestasi cemerlangnya di Big Stage 2023 telah membuka mata dan telinga ramai penggemar dunia hiburan.
Bila dan di mana kamu paling gembira?
Bila saya bersama ibu bapa saya dan apabila saya menjuarai “ Big Stage Musim Kelima” pada 10 Julai 2023.
Apakah bakat lain yang Nadeera ingin miliki?
Bakat memasak sebab saya tak pandai masak.
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Saya ingin menjadi seorang penyanyi yang lebih bagus dan menjadi seseorang yang mempunyai keyakinan tinggi.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Face it and be better, do better, keep going until I get what I want.
Bagaimana Nadeera mengurus stres?
“Me time”, eat and watch Netflix.
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Bebas dari stres kerja dan bebas untuk melakukan apa yang saya nak.
Apakah perkataan atau ayat (phrase) yang kerap kamu sebut dalam sehari?
Practice, practice, practice and keep practising!
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Trust!
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Tunjukkan kasih sayang kepada mereka dan cuba untuk membantu mereka sehingga masalah selesai.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Body shaming! Attention seeker! Busybody!
Jika sudah tiada nanti, apa yang Nadeera mahu orang ingat tentang Nadeera ?
Saya mahu meninggalkan nama dan legasi yang hebat serta karya seni yang menjadi rujukan untuk generasi yang akan datang.