Ismail Izzani mula dikenali ketika usianya baru 17 tahun, dan mula mengumpul penggemarnya sendiri menerusi single debutnya “Sabar” hasil tulisannya sendiri bersama beberapa penulis lain, Omar K, Adib Hamdi dan Zyn. Terbaru dia baru sahaja disunting label unggul, Defjam.
Bila dan di mana kamu paling gembira?
Perasaan apabila berada dekat dengan alam sekitar seperti aktiviti ke sungai, tidak kisah bersendirian atau dalam berkumpulan.
Apakah bakat lain yang kamu ingin miliki?
Tiada hahaha.
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Ada banyak perkara yang saya ingin ubah tentang diri saya tetapi apabila difikirkan kembali, saya tidak ingin mengubah ia; takdir yang telah ditetapkan. Saya menerimanya dengan hati terbuka, belajar untuk mencintai dan menerima diri seadanya. Saya percaya kita hidup untuk belajar tentang kehidupan dan ia akan membentuk diri kita yang kini.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Terima kegagalan, maju ke hadapan dan fokus dengan diri sendiri.
Bagaimana kamu mengurus stres?
Cipta lirikan lagu di studio dan meluangkan masa di dapur.
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Keseimbangan dalam setiap aspek kehidupan.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling kamu ingat?
Saya suka sorokkan buku di bawah katil dan tak bawa ke sekolah…Hahaha!
Apakah perkataan atau ayat (phrase) yang kerap kamu sebut dalam sehari?
‘Yessir’ sebab saya seorang yang tidak boleh melakukan dua perkara dalam satu masa. Jika seseorang mengajak borak, inilah ayat yang saya akan mulakan dahulu.
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Kepercayaan dan kesabaran.
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Mengambil berat tentang diri mereka dalam apa jua situasi, mungkin salah satunya, memasak untuk mereka.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Bagi saya, ketika ini ekonomi tidak berapa memberangsangkan tetapi saya berharap ia akan pulih tidak lama lagi.
Jika sudah tiada nanti, apa yang kamu mahu orang ingat tentang kamu?
Muzik saya.
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin, Penyelaras: Farah Ain & Eqa Zulkifli, Fotografi: Edmund Lee (One3Four Studio), Videografi: Jackie Mah, Simon, Zakwan, Hazeem & Syafiq, Grooming: Kevin Lee Rambut: Ckay Liow (menggunakan Schwarzkopf Professional OSiS, Pakaian: LEE
BACA: #EHTOP20 Naim Daniel