Shahrul Aimy baru-baru ini berjaya mengharumkan nama negara apabila beraksi cemerlang di Sukan Asia Hangzhou menerusi acara melombol individu lelaki. Lebih manis dia turut menewaskan pemilik pingat emas di Olimpik Tokyo 2020, Shin Jea-hwan dari Korea yang berada di tempat keempat.
Bila dan di mana kamu paling gembira?
Meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan dan membeli-belah.
Apakah bakat lain yang Sharul ingin miliki?
Menjadi pemain bola sepak negara.
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Saya ingin perbaiki kemahiran berkomunikasi.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Lupakan apa yang telah terjadi dan amalkan sikap terbuka.
Bagaimana kamu mengurus stres?
Biasanya saya akan luangkan masa menonton Netflix, minum air dan joging.
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Kehidupan yang gembira adalah apabila kita mempunyai gaya hidup yang sihat seperti sentiasa senyum, mempunyai jadual tidur yang cukup dan bersenam.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling Sharul ingat?
Menyertai acara kejohanan antarabangsa di Singapura buat kali pertama.
Apakah perkataan atau ayat (phrase) yang kerap kamu sebut dalam sehari?
“Tak tahu lah”.
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Bahagia, kepercayaan dan mempunyai komunikasi yang baik.
Bagaimana Sharul menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Membalas jasa mereka kembali.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Kes penderaan kanak-kanak dan wanita.
Jika sudah tiada nanti, apa yang Sharul mahu orang ingat tentang Sharul?
Pengorbanan seorang atlet.