Mula menerjah ke bidang lakonan pada umur 15 tahun, Eyka Farhana terus mengorak bakat lakonannya ke persada antarabangsa melalui drama siri adaptasi ‘Pretty Little Liars’ sebaris dengan Yuki Kato, Anya Geraldine, Valerie Thomas dan Shindy Huang. Menerusi siri tersebut juga nama Eyka berjaya membolosi senarai kahir pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2020 dan kehebatan lakonannya ternyata memikat hati juri hingga menghadiahkannya trofi bagi kategori tersebut. Terkini, Eyka sedang rancak menghabiskan penggambaran siri terbaru ‘Cikgu Diva’ yang akan bersiaran di TV3, selain aktif berkolaborasi dengan pelbagai jenama fesyen dan kecantikan untuk kempen media sosial.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Semestinya Eyka sukakan mata dan gigi Eyka. Selain itu, tangan dan kaki juga Eyka hargai sebab ia membantu Eyka mencari rezeki.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Eyka kunci jawapan yang Eyka masih muda. Mungkin kerana berkawan dengan orang yang lebih muda dan kawan yang tua juga seperti muda hehehe…
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Meluangkan masa bersama tersayang.
A rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Rutin penjagaan kulit saya dan ucapkan terima kasih kepada diri sendiri setiap pagi.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Sejujurnya kalau diberi peluang kedua, Eyka ingin menjalani kehidupan yang lebih baik dan bagus.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Jangan nakal sangat Eyka, be a good girl and focus, overthink? It’s forever yaa…
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatķan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Eyka sangat sukakan kecantikan, mungkin memasak dan pergi bercuti seluruh dunia? I wish!
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Boleh tahu dan membaca fikiran manusia.
Apakah definisi ‘happy life‘ bagi kamu?
Happy wife, Happy life! Hehehe tentunya tidak diduakan & dikelilingi dengan orang-orang yang menyanyangi dan menghiburkan hari-hari kita, Insya-Allah.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Eyka berumur 25 pada tahun 2019, sejujurnya ia adalah tahun kesukaan Eyka dimana Eyka lebih meneroka tentang fesyen, kempen dan pelbagai acara pada waktu itu. Dan berpeluang berlakon di negara jiran, bertemu the love of my life. Ia adalah tahun yang bertuah sebelum musim COVID.
Ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25
Selamat ulang tahun ke 25 EH! Eyka doakan EH! sentiasa menjadi majalah fesyen, kecantikan dan gaya hidup nombor satu, terus berjaya dan menjadi inspirasi buat semua khususnya wanita di Malaysia!
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Solekan: KF Bong (menggunakan Sephora Collection) | Dandanan: Cody Chua |
Baca : #EHTOP25 Hael Husaini