“Kasut-kasut tersebut kebanyakannya sudah kesat. Disebabkan tidak biasa, ada satu ketika bola terjatuh dan menghempap buku lali sewaktu saya cuba membuat lontaran,” katanya.
Jelas pelakon berusia 22 tahun ini, walaupun kakinya lebam, kecederaan yang dialaminya tidak terlalu serius dan ia pulih dua hari kemudian.
Dalam drama terbitan JS Pictures ini, Elisya memegang peranan sebagai pemain boling profesional di samping dua lagi pesaing, Reezs (Fify Azmi) dan Sandra (Syaidatul Afifah).
Ia berkisar tentang perjalanan tiga wanita muda dari latar belakang keluarga berbeza dalam mencapai impian untuk bergelar Ratu Tenpin Negara.