Rae Lil Black sebelum ini lebih dikenali dalam industri hiburan dewasa tetapi kini lebih aktif sebagai pencipta kandungan, khususnya dalam bidang fesyen dan media sosial.
Rae Lil Black, nama sebenar Kae Asakura, seorang influencer dan bekas pelakon dewasa dari Jepun, mencetuskan spekulasi tentang memeluk Islam selepas berkongsi gambar dirinya memakai hijab semasa lawatan ke Pakistan.
Dia menerima pujian atas rasa hormatnya terhadap budaya Islam dan tempatan, namun tidak ada pengesahan rasmi bahawa dia telah memeluk Islam.
Lawatannya ke Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2024 menunjukkan keterbukaannya terhadap budaya tempatan di rantau ini dan sekali lagi Rae Lil Black kembali ke Malaysia untuk merasai pengalaman berpuasa.
Moga sinar bulan ramadan membawa keberkatan kepada Rae Lil Black, ini fakta menarik tentang wanita berusia 27 tahun:
1. Berasal dari Jepun
Dilahirkan di Osaka Jepun pada tahun 1996, Rae Lil Black atau nama sebenarnya, Kae Asakura memiliki latar belakang budaya Jepun yang kaya. Walaupun terkenal dalam dunia hiburan antarabangsa, dia tetap bangga dengan warisan Jepunnya dan sering berkongsi aspek budayanya dengan peminat.
2. Mula dikenali dalam industri dewasa, kini fokus kepada pencipta kandungan
Dia memulakan kerjayanya dalam industri filem dewasa tetapi kemudian beralih kepada penciptaan kandungan digital. Kini, dia aktif di platform seperti Twitch dan YouTube, di mana dia berkongsi sesi berinteraksi dengan pengikutnya.
Terbaru, Rae mengunjungi Singapura untuk promosi jenama fesyen tempatan @sneakercon_sea, dimana setiap pembelian merchandise diberi keutamaan untuk sesi tandatangan dan meet-and-greet secara eksklusif.
3. Meminati budaya Thailand & memberi diri nama baharu
Rae Lil Black sangat menyukai Thailand dan akhirnya memilih untuk menetap di Bangkok selama setahun. Dia juga mencipta nama Thai, “Raewadee,” sebagai tanda penghargaan terhadap budaya negara tersebut.
Wanita berusia 27 tahun itu memuat naik sekeping gambar di Facebook yang menunjukkan dirinya dalam pakaian tradisional, bersama kapsyen dalam bahasa Thai, “Saya sangat teruja untuk berpindah ke kondominium sendiri minggu depan! Akhirnya saya boleh menetap dan Bangkok menjadi rumah saya!!!!”
Baca : Fakta Menarik Tentang Pelakon Oscar ‘Anora’, Mikey Madison