Sudah hampir sepuluh tahun Fattah Amin menceburkan diri dalam industri seni tanah air sebagai pelakon.
Kini, Fattah mengorak langkah lebih jauh dengan mencuba nasib dalam bidang pengacaraan pula.
Pelakon Playboy Itu Suami Aku ini bakal menonjolkan bakat terpendam sebagai pengacara buat kali pertama menerusi rancangan realiti, Sukses 4.0 yang bertujuan untuk mencungkil bakat usahawan era pemasaran digital.
Program SME Bank ini menyaksikan sembilan peserta di kalangan individu yang baru menubuhkan syarikat, usahawan muda dan mereka yang mempunyai idea perniagaan menarik berentap untuk bergelar juara.