Kes saman fitnah Johnny Depp terhadap Amber Heard yang berlangsung selama enam minggu akan disiarkan dalam bentuk filem tidak lama lagi.
Diberi judul Hot Take: The Depp/Heard Trial, ia bakal dibintangi oleh Mark Hapka (Days of Our Lives) sebagai Johnny dan Megan Davis (Famous) sebagai bekas isterinya, Amber.
Menyertai Mark dan Megan dalam filem ini adalah Melissa Marty (Station 19) yang bakal menggalas peranan sebagai peguam Johnny, Camille Vasquez, juga Mary Carrig (Law & Order True Crime) yang membawakan watak peguam Amber, Elain Bredehoft.
Penulis komedi Guy Nicolucci diberi tanggungjawab untuk menulis lakon layar.