Creed III yang ditayangkan pada 3 Mac lalu kini mencapai status box office dengan kutipan melangkaui jangkaan sebanyak RM267 juta di Amerika Syarikat dan lebih RM452 juta di peringkat antarabangsa.
Dalam francais spinoff Rocky ketiga itu, watak yang digalas Michael B. Jordan, Adonis Creed perlu berhadapan dengan rakan zaman kanak-kanaknya dan bekas petinju berbakat besar, Damian Anderson (Jonathan Majors) untuk membuktikan dirinya adalah yang terbaik.
Bercakap kepada IndieWire baru-baru, Michael yang turut bergelar pengarah filem itu mendedahkan proses pembikinan dan inspirasi di sebalik karya pertamanya. “Saya menggemari tema anime, secara budayanya ia memaparkan ikatan persahabatan, pengkhianatan, balas dendam dan janji.”