Filem ‘Tiger Stripes’ arahan sulung Amanda Nell Eu ‘mengaum’ di pentas Cannes sebagai filem Malaysia yang pertama terpilih untuk Minggu Pengkritik 2023.
Tiger Stripes merupakan sebuah filem seram berbahasa Melayu, yang juga akan dipertandingkan untuk kategori anugerah Caméra d’Or, kategori yang hanya dianugerahkan kepada pengarah muda dengan karya pertama atau kedua oleh Festival Filem Cannes. Filem Tiger Stripes bakal mengangkat bakat Amanda Nell Eu sebagai seorang pembikin filem wanita yang sedang meningkat naik dalam industri perfileman tempatan.