Filem pertama arahan Amanda turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM49,602. Kemenangan yang mengharumkan nama Malaysia ini telah mendapat sambutan yang hebat di kalangan penonton dan tayangan filem tersebut telah habis dijual di seluruh pawangan di Malaysia.
Kami amat berbesar hati kerana telah dijemput ke Semaine de la critique di Cannes dan memenangi hadiah ini adalah sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Saya terharu dengan reaksi juri terhadap filem ini dan ia sangat bermakna!
Amanda Nell Eu – Pengarah filem ‘Tiger Stripes’
Filem cereka sulung Ghost Grrrl Pictures berjudul TIGER STRIPES, arahan sulung Amanda Nell Eu bersama penerbit Foo Fei Ling , telah dipilih secara rasmi untuk Minggu Pengkritik Cannes (Cannes Critics’ Week) yang merupakan salah satu acara berprestij di Festival Filem Cannes 2023.
Minggu Pengkritik Cannes yang telah mencapai edisi ke-62 memberi tumpuan khusus kepada filem cereka pertama atau kedua dari pengarah baru. Pengarah tersohor seperti Alejandro González Iñárritu, Guillermo Del Toro, Wong Kar Wai, adalah antara pengarah yang telah menempah nama di Minggu Pengkritik Cannes. Hanya ada tiga filem Malaysia yang terpilih untuk Cannes sebelum ini dan penyertaan rasmi Tiger Stripes ke acara berprestij ini adalah pencapaian penting untuk pembangunan industri filem tempatan.
Edisi ke-62 Minggu Pengkritik Cannes akan berlangsung dari 17 hingga 25 Mei 2023, dan penonton di Malaysia boleh menantikan untuk menonton Tiger Stripes di pawagam tempatan dalam masa terdekat. Pemilihan rasmi TIGER STRIPES
ini adalah merupakan batu aras penting dalam membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa dan menjadi penyumbang kepada pembangunan industri.
Baca: Filem Tiger Stripes Arahan Amanda Nell Eu, Tercalon Di Cannes